Human Resource Development Corporation (HRD Corp) memahami kesan pandemik Covid-19 ke atas ekonomi dan mengambil maklum akan permintaan daripada industri–industri yang terkesan. Justeru, perbincangan dengan Kementerian SUmber Manusia (KSM) telah diadakan bagi memastikan perluasan Akta PSMB, 2001 ini dapat dilaksanakan dengan baik dalam keadaan ekonomi masa kini.

Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan bahawa Yang Berhormat Menteri Sumber Manusia telah bersetuju untuk memberi pengecualian pembayaran levi kepada majikan berdasarkan syarat di bawah:

  1. Majikan yang diliputi di bawah Perintah Pindaan Jadual Pertama, Akta PSMB, 2001 (P.U.(A) 84/2021) bermula 1 Mac 2021;
  2. Majikan tergolong dalam para (a) dan BERDAFTAR dengan HRD Corp SEBELUM 1 Julai 2021 adalah LAYAK mendapat pengecualian levi sebagaimana yang dinyatakaan; dan
  3. Tempoh pengecualian levi bermula dari 1 Jun 2021 hingga 31 Disember 2021.

20210601 HRD Corp Letter

Maklumat selanjutnya berkenaan Akta PSMB 2001 di https://hrdcorp.gov.my/expansion-of-psmb-act-2001